Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

Kering

KERING

Kering
mungkinkah, langit berhenti menangis
awan kekeringan air mata
setengah abad
berduka
derita
ijab gempak
puteri ratu diarak
persalinan lengkap beradat
pengisytiharan dinobat
merdeka

bagai igauan
mimpi puteri bulan
hangat dakapan

mimpi, tinggal mimpi
hidup dagang menumpang
memamah tulang walau di ladang
gedung kilang, bukan milik
kuli
kerana pencakar langit, perut perit
litar lumba, makanan bersita
monsun cup, warga lemas
AES, kocek cemas
pembela?

YHI
Segamat Johor
09122012

No comments:

Post a Comment