Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

KALAU KAMU BERMIMPI

KALAU KAMU BERMIMPI

kalau kamu bermimpi tentang kerdip suku di mata,
janganlah terus mengharap sahih kebenarannya.

kalau kamu bermimpi tentang isi duka,
janganlah tidak langsung percaya kepalsuannya.

kalau kamu bermimpi berburuk sangka,
janganlah menunggu hitam bayang-bayangnya.

kalau kamu bermimpi baik-baik segala,
janganlah terhutang budi kerana sajiannya.

kalau kamu bermimpi bulan hilang cahaya,
janganlah cuba memanggil bintang memagarinya.

kalau kamu bermimpi mencapai tingginya kejora,
kenalah percaya mana mungkin tangan mencapainya.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Tanjung Bidara Melaka.
071212@1720hrs(Jumaat).

No comments:

Post a Comment