Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 6, 2012

FITRAH CINTAKU

FITRAH CINTAKU

Kulandaikan segala perasaan ini
bersama harapan-harapan yang kecundang
mengalir bersama derai resah dan airmata
ketika cintamu mula membina dusta
menyulam hijab di antara dua pandangan
pandangan hati…pandangan jiwa.

Namun akulah yang selalu terlupa
akan sebaris kata-kata pujangga
yang cinta tidak pernah berdusta
cuma ianya menjadikan
manusia yang bercinta seorang pendusta
berdusta pada kata-kata
berdusta pada jiwa.

Pun aku jugalah yang selalu terleka
kerana memintal benang-benang harapan
tuk’ kujadikan hamparan
tika kebenaran cuba kubentangkan
sedang cintamu semakin jauh terhijab.

Dan fitrah cintaku pun
semakin membenarkan!... .

Qalam Bertinta
05122012
2219pm

No comments:

Post a Comment