Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 25, 2012

EPISOD CINTA LUKA

EPISOD CINTA LUKA
Aku bukan cemburu
cuma naluriku
terdorong ingin tahu
kerana
telah sekian lama
kita layari bahtera
ombak dan badai yang melanda
kita tempuhi bersama
tabah kita lalui
onak dan duri
pada malam nan kelam
kita leka menyulam
hamparan baldu
dengan manik-manik biru
di tepian pantai
terasa damai
lalu kita bina mahligai
namun, laluan kita terhalang
krikil tajam bertandang
payahnya perjalanan kita
runtuh jambatan asmara
aku terus mengadu
kauhanya termangu
lidahmu kelu
terbongkar rahsia
sebaris ayat telah kubaca
tersusun indah di layar maya
bagiku, tiada halangan
cuma, aku mohon dibebaskan!

Ilham:
Muhmad Amin
SMK Serian
10 Disember 2012

No comments:

Post a Comment