Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

~ Di Sebalik Wajah Cinta Dalam Kerinduan ~

‎~ Di Sebalik Wajah Cinta Dalam Kerinduan ~

Tika lautan cinta menderu pantas
di persisiran pantai rindu, istana
kasih yang kubina, dengan
segenggam setia yang kupamir
perasaan hatiku hanya untukmu

berlari mengejar pelangi kasih
merentasi denai berduri, mengorak
langkah menggapai bayang cinta
mendakap rindu di sukma
paluan jiwa

berputik tirai kasih di sanubari
terenjat demi cinta sejati
memiliki bayang rindu, rembulan
kejora menyinari, menghiasi
mahligai harapan

berselindung di balik tirai rindu
mengalun irama kasih, memuja
kekasih hati, mengharap bunga
cinta bersemi, menguntum
mewangi di jambangan jiwa

saat gelora jiwa merintih, melaung
rebahku di riba yang parah, menggamit
menyapa cinta di lamunan rindu
menggigit asa, panahan dalam
asmara kasih

titisan embunan cinta di dedaunan
rindu, kesuma kerinduan merantai
segenap aksara, terlebur, terhempas
jua di pintu asmara kasih, membelai
rajuk di kalbu sepi

di puncak kasih bersimpul rapi
tetap jua kugapai, biarpun
semilir kerinduan menjalar lesu
lelah menanti setitik cinta
resapan nurani

berdetak nadi kerinduan
bertautnya cinta di lubuk
hati, berseloka dalam berkasih
terpahatnya cahaya di mercu
singgahsana...

'Di Sebalik Wajah Cinta Dalam Kerinduan'...tersergam di mercu singgahsana...

08hb Disember 2012 Sabtu
8.46pm
SNQ ♥

No comments:

Post a Comment