Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 10, 2012

DI ATAS SATU KALIMAH

Akukah yang malang
atau engkau sengaja mengundang
amarah yang telah lama kupendam

yang cuba kusembunyikan
supaya letusannya tidak akan mengegarkan
nafsu dan akalku…juga hidupku
ironinya selama ini
engkau yang memujukku
menyejukkan aku dari api kemarahan
mendamaikan aku dari ulitan resah
menenangkan aku dari amukan gelisah
membuatkan aku cuba mencapai mahmudah
dan menyingkirkan segala yang mazmumah.

Cuba kukembali pada fitrahku
mengisi ruang yang kosong dengan fikirku
merenung setiap kejadian tetapi bukan menafsirkannya
kerana lahirku adalah satu amanah
hidupku juga atas satu perjanjian
perjanjian yang diikrar bukan sesama manusia
tetapi dengan Maha Pencipta
yang menjadi jambatan untuk kehidupan
yang lebih abadi di sana nanti.

Allah Tuhanku…Muhammad Nabiku
islam agamaku…Al-Quran imamku
Kaabah kiblatku…solat kewajipanku
sekalian muslimin saudaraku
Ibrahim Al-Khalil datukku
Dan hidup dan matiku atas kalimah
“LAA ILAHAIL LALLAH.”

Dan amarahku semakin terhakis.

Qalam Bertinta
10122012

No comments:

Post a Comment