BODOHMU BODOH SOMBONG
Terlalu baguskah engkau
untuk mendabik dada
yang mengatakan karyamu
lebih baik dari yang lain
hinggakan teguran pun
kau anggap hinaan.
Terlalu indahkah karyamu
hinggakan karyawan lain
kauanggap tidak setandingmu
sedang hakikatnya
karyamu mengotori ritma puisi
yang memang dicipta untuk keindahan.
Biar kukhabarkan padamu
ilmumu baru sejengkal
huruf pun masih belum banyak kaukenal
lupakanlah tentang kesombonganmu
kerana lagi banyak kauberkata-kata
semakin terserlahlah kebodohanmu
dan semakin ramai yang akan mentertawakanmu.
Qalam Bertinta
09122012
1231am
hinggakan teguran pun
kau anggap hinaan.
Terlalu indahkah karyamu
hinggakan karyawan lain
kauanggap tidak setandingmu
sedang hakikatnya
karyamu mengotori ritma puisi
yang memang dicipta untuk keindahan.
Biar kukhabarkan padamu
ilmumu baru sejengkal
huruf pun masih belum banyak kaukenal
lupakanlah tentang kesombonganmu
kerana lagi banyak kauberkata-kata
semakin terserlahlah kebodohanmu
dan semakin ramai yang akan mentertawakanmu.
Qalam Bertinta
09122012
1231am
No comments:
Post a Comment