Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

~~Aku sedari~~

~~Aku sedari~~

Melakar di dada muka buku
seringkali menjadi isu
bukan semua disukai
bukan semua memuji
kekadang timbul meluat dalam hati
tanamkan niat asalmu yang pasti
semua yang dipaparkan hanya kerana Illahi
usah terlalu serius dalam menangani
sebarang komen mahupun teguran berisi


hadir ke dunia maya ini
hanya matlamat yang berfaedah yang digali
tidak dikata dungu tidak mengerti
di dalam pandangan bijak IT
konon mahu lebih mendalami
walau tidak bersuara atau menatap wajah
berdepan mata-mata kita
cuma baris huruf yang diatur mengikut
telunjuk terbit rasa hati
lalu dioles ke dada mukabuku
di situ sudah dapat menyentuh perasaan halusmu
aneh...itulah perasaan yang dianugerahkan Illahi

pandai-pandailah membawa diri
biar sentiasa merendah dan bersederhana
dalam mengerat silaturahim
medan ini...bukan medan menujuk kehebatan diri
siapalah kita mahu bangga harga sebuah diri
yang asalnya dari cairan hina lagi keji
sedar akan bahawa suatu hari
kita semua akan dilontar ke lubang tanah
bersemadi entah senang entah terseksa peri

Angkuh serta bongkah
usah disemat dalam hati
tidak rugi sentiasa memberi
daripada mengharap sesuatu tidak pasti.

Semua ini untuk mencermin diri ini...

Naura Auni
09 dis 2012
07:37am

No comments:

Post a Comment