Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 23, 2012

AKU PUNYA PENGASUH DARI SEBERANG

AKU PUNYA PENGASUH DARI SEBERANG

Dia punya visa
dia punya “passport” antarabangsa
kuambil dia
daripada seorang ejen
yang sah berlesen

Dia mula kerja
nampak boleh dipercaya
setiap waktu solatnya
pada suami, cukup ramahnya
padaku, ala kadar sahaja
anakku yang manja
setiap malam tidur bersama

Padaku, bukan halangan
Suliza memang cari teman
bergurau senda di kala sunyi
tunas-tunas mesra semakin bersemi

Suatu pagi yang syahdu
lenaku diganggu
suatu deringan lelah
segera kusambut resah
pegawai penguasa kesihatan
katanya bibik melahirkan
IPD buat siasatan

DNA melerai yang buntu
aku jadi celaru
inikah kecuaianku?
di mana silapku?
kubiarkan kucing jantan meratah
daging dingin yang mentah

Ini satu tragedi
buat semua suri
usah terlalu percaya
akibatnya, diri yang merana
menanggung sengsara

ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
23 Disember 2012

No comments:

Post a Comment