Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 23, 2012

AKU PENDATANG DARI SEBERANG

AKU PENDATANG DARI SEBERANG
Aku pendatang dari sana
dibawa masuk oleh duta negara
hasrat tersemai di hati
dengan harapan yang tinggi
mahu menabur bakti

Di sebuah kondo lengkap segalanya
dengan gaji hampir empat angka
meski mewah, hidupku sempit
bebas yang tersepit

Aku bergelar bibi rumah tangga
ramah sekali tuannya
si cilik yang manja
minta dikelon sahaja
gampang tidurnya

Kulihat muka ibu
di wajahnya ada sendu
lidahnya selalu kelu
selalu murung
mulut yang muncung

Sebelum memancar sinar suria
setelah selesai solatnya
rutinku bermula
sarapan disedia
disusun kemas di atas meja

Langsir kelabu
tilam yang gebu
tiada mesin hampa gas
katanya jimat tenaga

Aku terus menyental
kuali “non-stick” yang mahal
dari hitam bertukar putih
kataku itu sudah bersih
ibu lalu menyinga
katanya aku tak guna
aku jaga
amat sakit kurasa
aku di wad tingkat tiga

“Tuan penguasa,
hantar kupulang segera”

ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
23 Disember 2012

No comments:

Post a Comment