Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, July 16, 2013

WANITA BERTONGKAT KUASA.

WANITA BERTONGKAT KUASA.

Wanita, tiadanya kamu
lelaki terleka
tidurnya tidak terlena
makan tidak dijaga
termenung asyik di tangga
serba-serbi tak kena.

Wanita, kerana kamu
lelaki merana
siang malam menggila
di pangkal rahimmu liur tergoda
tersungkur muka di dada kamu dunia
bergelumangkan noda dan dosa.

Wanita, fahamilah kamu
peliharalah akhlak murnimu
auratmu harus dijaga
warisan ayah dan bonda, pelihara
kemaluan keluarga
wajiblah dijaga.

Wanita, kauhayunlah buaian syurga
usah kauhayun buaian neraka
kerana di tanganmu bertongkat kuasa
memalu tiang dunia
meranapkan ego, lelaki durjana
maruahnya, dahaga.

Wanita, kini aku lestarikan kata.

Sazalee Sulaiman ... 14/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment