Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 14, 2013

TEWAS

TEWAS

Aku berdiri di atas nyata
yang kuungkap dalam seretan laku
di bilah aspal yang menghiris telapak hati
menggangyang harap yang cuba mencelah
lalu tersungkur sedang kaki masih teguh
memacak pada bumi sedar.

Hidup ini keras
dihembur dalam letusan keinginan
yang tewas jadi abu…menang jadi arang
kerana hidup membunuh kehidupan
tanpa ihsan
tanpa simpati
mati …tapi bernafas

: bumi masih di situ
dalam sedar
tanpa ingkar.

Qalam Bertinta
Klang
10072013
2249pm

No comments:

Post a Comment