Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 7, 2013

SHAUM RAMADHAN

SHAUM RAMADHAN

Bulan Sya’aban tahun kedua hijriah
bermulalah keagungan shaum Ramadhan
Junjungan mulia mewajibkan puasa
kepada mereka yang beriman
yang mengaku bahawa Tuhan itu Satu
dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.

Dalam abad yang berputar
Ramadhan sentiasa dinanti
kerana bulan ini bulan janji
janji Allah kepada mereka yang menghormati
rukun dan pantang warisan Nabi.

Ketika lapar dan dahaga mula mencabarmu
usahlah berkeluh-kesah
laparmu adalah ibadah
kehausanmu ada hikmah
kerana Ramadhan bulan yang menguji
titik kesabaran yang engkau miliki.

: datanglah Ramadhan
akan kujunjung kehormatanmu.

Qalam Bertinta
Klang
06072013
1531pm

No comments:

Post a Comment