Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, July 16, 2013

Seni Kehidupan

Seni Kehidupan

Abadi semulajadi
ciptaan mutlak Illahi
kupinjam bias pengalaman
dalam rembesan khayalan

merenjis di dada kanvas
warna-warni hidup

bertinta bait diksi
bersenandung halus puisi

menoreh arca cinta
bergema keajaiban ruang

menggubah irama syahdu
tiadalah pincangnya lagu

melarik larat ukiran
tindihan kias tersirat

mencanting lilin kasih
mencair beku peradaban

menenun urat bersulam
berbenang pusaka warisan

indahnya sutera
bermula ulat yang jelik
lalulah terjelma rerama rupawan.

Penuh bermakna
Seni dan kehidupan.

: Misliza Tahir

No comments:

Post a Comment