Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, July 16, 2013

SEBUAH HELAH PERIBADI

SEBUAH HELAH PERIBADI

Siapa
Egotisme mengata apa berupa-rupa
Bebelkan bahasa pura-pura
Ubah diri bermasa hadapan berangan-angan cuma
Acung tangan mencipta sakit Negara menyapa adu domba
Hiasi diri dengan unggun curiga

Helah diguna
Enggan percaya
Lembut lidah sekeras gelas-gelas kaca
Adilkan kebiadaban dicambah di merata
Hingga pada satu masa menipu diri di atas meja

Pacal-pacal
Erat turut berfikir bermajal
Rimbunkan pepohon dendam menunggal
Impikan bidaan afdal
Berasak-asak berdiri di atas batu-batu terjal
Amat peribadi lalu enggan dipersoal
Dalam lembaran kenyataan diri meramal
Ia sebenarnya telah dijerat dijajah sebal tidak bermoral.

Bayu.
Semporna,Sabah.
140713

No comments:

Post a Comment