Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, July 5, 2013

PUISI DAN LAGU

PUISI DAN LAGU

Katamu sayang bahasa
kenapa jiwanya kausula

katamu puisi itu seni
kautikam dengan belati

sastera itu nyawa

pantun garapan kiasan santun
pembayang dilontar maksud turun
rima tersusun
pendengar pegun

puisi itu kekata puitis
susunan aksara yang harmonis
tersurat tersirat kritis
bebait cinta romantis

cerpen novel kisah digarap
dinukil berangkap-rangkap
bahasa indah bertata adab
dihayati diselami insaf

seloka gurindam unsur nasihat
ringkas bernas makna sarat
dulu lisan kini bersurat
ambil panduan buat azimat

terlalu indah seni Melayu
tidak terbilang dek jari jemariku
disyair dilagu
nazam syahdu mendayu

yahyaisa
Segamat Johor
05072013

No comments:

Post a Comment