Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, July 5, 2013

PUCUK

PUCUK

Pucuk usah bangga dengan kedudukan
seorang kamu atas itu mencecah sinar
singgahsana di puncak
atasmu semantara
pinjaman cuma
sekali ribut
nasibmu tidak menentu
peredaran masa
musim luruh jatuh
warna pudar
reput dimamah

lihatlah tunjang
mencengkam akar menjalar
kelam dingin tempat bermain
sekali bah tabah
setia menggali baja
untuk semua

seorang tunjang
melalui batang dedahan
dirimu dipangku
berganti pucuk tunjang kekal
cekal berjuang

yahyaisa
Segamat Johor
05072013

No comments:

Post a Comment