Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, July 16, 2013

Pesan Buat Puteri (i)

Pesan Buat Puteri (i)

Puteriku
tiada apa dapat bonda titip
buat pedoman di kemudian hari
cuma rangkaian pesanan
agar jadi ingatan
jua azimat
bekalan hari muka

tiada harta mampu bonda serah
untuk kegunaan saat mendatang
hanya segugus bicara
jadikan pegangan
serta amanat
buatmu meniti dewasa

Puteriku
simpanlah kasih bonda
segar mewangi
mekar menguntum
tak mungkin surut
selamanya

berakhlak mulia
santun luhurnya budi
sinonimkan dalam anggun peribadi
hiasi bunga-bunga takwa
bersulam keimanan
berenda ikhlas hati

ingatlah selalu wahai puteriku
himpunkan jadi satu
untaian pesanan bonda
kalungkan ke lehermu
atau sematkan kukuh bak kerongsang
bergemerlapan di jilbabmu

pastikan amanah ini
pesanan buatmu puteri
harum rimbun terpatri
mengiringi pemergian bonda
ke pusara nanti.

; Misliza Tahir
Pahang.

No comments:

Post a Comment