Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, July 15, 2013

PEJUANG BANGSA.

PEJUANG BANGSA.
(Istimewa buat Allahyarham Dato' Dr SN Usman Awang)

Kalimah kata-katamu
amat bermakna bila dibaca
dalam aku memakna
ada intipati yang teristimewa
terselit wardah untuk anak bangsa
yang jelas,
masih terleka.

'MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tembok nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain'

Empatpuluhtiga tahun kata terbina
empatpuluhtiga tahun juga penjajah merencana
betapa benar bagaikan dikata
penjajah bangsa tidak pernah kenal erti lelah
berlagu di hati
yang terleka.

Kini aku berharap
kepada anak-anak bangsaku
cepatlah bangun dari lenanya
kerana dollar-dollar mereka masih merbahaya
dalam melukakan kestabilan negara.

Masih ada kantung yang mengembung
sedangkan darah merah masih mengalir
melimpah ke lembah
kucar.

Al-Fatihah aku tulis
pantas juga aku membaca
buatmu sasterawan negara
yang membina wardah
perjuangan bangsa
dalam sastera negara.

Sazalee Sulaiman ... 12/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment