Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 14, 2013

PANTUN RINDU

PANTUN RINDU

sayang-sayang buah kepayang
biji saga merah warnanya
pergilah kasih pergilah sayang
doaku mengiringimu sentiasa

sudah terang lagi bersuluh
menahan rindu sakitnya hati
walau kini engkau menjauh
dirimu tetap aku ingati

berbaju merah gadis rupawan
duduk bersimpuh tertunduk malu
berbudi bahasa cantik dan sopan
dalam hati menanggung rindu

rindu ditanggung menyesak jiwa
pungguk dinanti tak kunjung tiba
ibu dan ayah jangan dilupa
kerana mereka kita ada

bulan terang bintang bercahaya
kelip-kelip tak kelihatan
biar tergadai harta dan nyawa
maruah diri harus dipertahankan

sue:09/07/13

No comments:

Post a Comment