Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, July 4, 2013

MATA BERILMU.

MATA BERILMU.

Tutuplah panca inderamu
dan bukakanlah mata di hati kamu
apa yang kaulihat di hadapanmu
barangkali tidak sebulu
dengan apa yang engkau lihat terdahulu.

Engkau mungkin melihat kemaksiatan
terpampang jelas di penglihatan
tapi bagiku ... yang aku cuba pampangkan
adalah nikmat sebuah perhubungan
kasih sayang bertautan.

Mungkin yang engkau gambarkan
adalah perhubungan tanpa sebuah ikatan
tetapi bagiku adalah sebuah perhubungan berikatan
kasih sayang dalam halal pernikahan
saat romantis yang seharusnya dikekalkan.

Tepuklah dadamu itu
lihatlah dengan mata hatimu
kerana apa yang dilihat terjamu
mungkin tidak sekufu
di benak minda berakalmu yang tepu.

Tataplah dengan mata berilmu.

Sazalee Sulaiman ... 04/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment