Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 7, 2013

LAUT

LAUT

Seorang laut tenang kerana pengalaman
puas dihempas gelombang tsunami
diterajang ribut
dipanah petir
cabaran pasang surut

dewasanya berdada mutiara
khazanah aqua merimbun
mengalir emas di perut
untukmu kehidupan

berlapang dada diredah
khazanah diserah
pemurah ramah
senyum terus menguntum

yahyaisa
Segamat Johor
07072013

No comments:

Post a Comment