Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, July 15, 2013

LARUT.

LARUT.

Biarkan aku larut
bersama masinnya garam
di air lautan
tiada bersempadan.

Biarkan aku larut
bersama tawarnya air
di sungai dan kali
tiada berempangan.

Biarkan aku larut
bersama bahangnya api
di gunung dan ganang
tiada sempadan ketinggian.

Biarkan aku larut
bersama tandusnya gersang
di sahara padangnya pasir
berbutiran habuk membentuk, jiwa.

Biarkanlah aku larut bersama.

Sazalee Sulaiman ... 13/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment