Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 14, 2013

KEPADA WARGA DI PERKAMPUNGAN SEJATI

KEPADA WARGA DI PERKAMPUNGAN SEJATI

Menjelajah perantauan perkampungan
dimanifestasi melalui imbauan
ritmanya menerawang merdu alunan
tubuh segar diusap mesra dendangan
gelombang gemalai lembut menyapa suasana
damai dan tenteram mendakap ceria

Malamnya kerlipan bintang buana
berbalam-balam melambai maya
setompok awan berarak santai
bayu sepoi-sepoi manis menyapa pantai
himpunan flora senyum melambai-lambai
kelompok fauna girang penuh santai
indah berseri melorek kanvas seni
tersergam megah gunung budi

Menyelusuri dua persimpangan
ke kiri mengharungi lurah pedalaman
ke kanan mendaki puncak khayalan
memilih jalan pertengahan
singgah melepas lelah
Masjid al-Hijrah
tersergam indah
lalu bermunajat penuh pasrah
semoga mendapat lindungan Allah

SMK Serian

10 Julai 2013

No comments:

Post a Comment