Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 14, 2013

KELAHIRAN II.

KELAHIRAN II.

Anak yang lahir
belailah ubun lembutnya
dengan Al-Kitab
agar dia tahu ada kalam menyinari
banyakkanlah bertadarus.

Bisikkanlah juga
siapakah penghulu kamu
yang membawa berita gembira
dengan Nur Penyuluh alam
di muka dunia.

Perkenalkan kepada dia
dengan lima waktu, sehari semalam
agar berlarinya nanti
sepurnama, kemenangan dirai
janji syurga menanti.

Asuhkan kelahirannya
dengan air mawar terawih
berkasturi syurga
di malam pekat yang sunyi
menghidupkan hati.

Sazalee Sulaiman ... 08/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment