Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 14, 2013

GERBANG RAMADAN

GERBANG RAMADAN

Kuberdiri megah di bawah gerbangmu
bersama tombak penangkis nafsu
sedia berjuang di bawah panji-panji syahdu
berperang melawan segala nikmat celaru

Seharian menahan lapar dahaga dan lelah
malamnya penuh pengisian sunnah
berterawih, witir bertadarus dan bertilawah
berqiamulail sujud sajadah
bersahur penuh barakah
niat suci dilafaz kerana Allah

Menjelang siang yang ramah
tetap menggalas tanggugjawab secara berhemah
usahlah beri alasan penuh berhelah
langsaikan tugas yang telah diamanah
hilanglah rasa gundah dan resah

Bulan yang penuh kerahmatan ini
dompet kempis perlu diisi
peluang keemasan sedia menanti
bazaar Ramadan di sana sini
betapa luasnya pintu rezeki

Bubur pedas bubur lambuk roti perata
melonjak selara luar biasa
berpada-pada semasa berbelanja
kantung hanyir ternganga
rakus menelan segala sisa

Jadah apakah yang melanda
hanya buat muka selamba
gelojoh meratah noda di pentas terbuka
kena cekup dan didakwa
barulah padan muka
dan, tunggulah balasan-Nya

Malam yang dinanti seluruh warga beriman
ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan
namun, kehadirannya amat dirahsiakan
semoga mendapat petunjuk-Mu Ya Rahman
berikanlah kesempurnaan atas segala amalan
dengan ini, lebaran dirai penuh keberkatan

SMK Serian
8 Julai 2013

No comments:

Post a Comment