Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 7, 2013

DUNIA SEMAKIN BERBEZA

DUNIA SEMAKIN BERBEZA

Cuba kuresapi bauan alam
bauan tanah…bauan pokok
dan aku pun memerangkap angin
dan bertanya padanya
apa yang engkau nampak
di sepanjang deru jalananmu
…keindahan atau kemusnahan.?

Dunia ini sudah hilang kesepiannya
hiruk-pikuk dan membingitkan.

Damainya?

seperti menonton layaran putih
yang kosong…tanpa apa-apa.

Tangan-tangan halus itu
meminda fakta dalam sejarah tertulis
lalu mereka tulis di atas sekeping kertas

:KEAMANAN
dengan tinta merah darah.

Masih cuba menyerap bauan alam.

: angin pun membisik
‘’aku ingin keluar dari dunia ini.’’

Kulepaskannya
untuk dia mencari.

Qalam Bertinta
Klang
07072013
1811pm

No comments:

Post a Comment