Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, July 8, 2013

DALAM DIRI

DALAM DIRI
Bicara ini
sering bersipongang ke dalam diri
bersahut-sahutan berbisik dalam hati
semakin hebat mengusik emosi

Munculnya mesra
petah menyapa
bayang-bayang menjelma
mengusap minda
menyentuh rasa

Ramah gurau sendanya
manis senyum tawanya
lucu jenakanya
lembut tutur katanya
menawan kerlipan matanya

Dengan tiba-tiba berubah laku
riak mukanya menjadi sendu
wajahnya pucat dan layu
matanya pejam dan kuyu
tubuhnya kering dan kaku

Tiada dentuman guruh di angkasa
tiada ribut kencang melanda
tiada mendung mengarak lara
namun jiwa bergolak gelora
sanubari dilanda curiga
sebu dan sebak di dada

Menuntut ketenangan hakiki
semerbak mewangi
bak haruman kasturi
elak sebarang depresi
lipatgandakan amalan suci
tilawah, tahajud menyeri subuh sunyi
semoga mendapat berkat Ilahi

SMK Serian

7 Julai 2013

No comments:

Post a Comment