Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, July 4, 2013

BILA TUHAN MULA BERSUARA

BILA TUHAN MULA BERSUARA

Kalian sepertinya mencabar takdir yang telah tertulis dari Azali lagi
mencemar dunia dengan kerakusan dan nafsu serakah yang tidak pernah berbatas
mencongak kuasa yang digenggam dalam sombong yang mendada menjulang langit
hinggakan kalian lupa pada satu kuasa yang kesaktiannya tidak terjangkau dek akal kalian
yang sentiasa memerhati kesombongan kalian yang hanya sepatutnya menjadi milik Dia

: dan Dia pun mula bersuara.

Bumi pun mula membongkar dan daratan disimbah hujan menjadi lautan
gunung yang diam dan lena pun bangun menyembur amarah dengan percikan lava yang menghujam
laut pun bersatu dengan amarahnya gunung lalu membadai dalam gelombang yang menggerunkan

: dan di mana kalian.?

mana kesombongan yang kalian daulatkan di atas ubun-ubun kalian
mana kuasa yang kalian rasa dengannya kalianlah penguasa sejagat ini
apakah kalian mahu Tuhan terus bersuara dalam marah
hanya kerana kedurjanaan kalian pada alam…pada insan
humbankan semua sombong dan kuasa gila kalian ke dasar sedar
biar semuanya tenggelam dalam kolam keinsafan

: dan bila Tuhan bersuara
…suara-Nya penuh dengan ihsan.

Qalam Bertinta
Klang
03072013
1119am

No comments:

Post a Comment