Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 14, 2013

ANTARA KITA SENTIASA ADA

ANTARA KITA SENTIASA ADA

Akan kumenyatu dalam nafasmu
kerana di setiap helaanmu
ada rinduku di situ
aku juga ingin engkau tahu
bahawa semua rinduku
telah lama kuusung di pundakku
untuk kupersembahkan padamu
bersama kesabaranku
dalam setiap musim yang berlalu.

Aku juga ingin hadir
dalam setiap harimu
tanpa pernah termungkir
kerana bersamamu
adalah keindahan yang nyata
yang telah lama kudamba
sejak pertama kali kukenalimu
dan sejak pertama kali juga
aku mula menyintaimu.

Engkau ada
aku pun ada

: di antara kita sentiasa ada.

No comments:

Post a Comment