Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 7, 2013

ANAK-ANAK BUMI ANBIA

ANAK-ANAK BUMI ANBIA

Anak-anak bumi anbia
apa lagi kamu mahu
legitimasi diketepi
perlembagaan kamu humban
demokrasi dikhianati
luhur lebur
kerana takhta bersengketa
jalanraya revolusi
rampas kuasa
sampai bila?

Musuhmu sana
musuh nyata
baling batu sembunyi tangan
mengepung Gaza
Palestin

Hentikan persengketaan
kembalikan daulat
rapatkan saf
hadapi mereka
tentang mereka
bersatu Islam bersatu

yahyaisa
Segamat Johor
06072013

No comments:

Post a Comment