~ Ubah ~
Bunyinya mudah
hanya sepatah
meletup di lidah
nak dilaksanakan payah
dulu...inilah dan beginilah helah penjajah
(Buntu...ilham tenggelam, sajak ini tidak puitis, tidak indah, perlu diubah )
Kuubah suka pada sayang
sayang pada kasih
kasih pada cinta
lalu rindu mengelumang
ngelamun suka duka dalam perih
menagih setia tanpa curiga
Jangan ubah hati kerana rasa-rasa
jangan ubah fikiran mengikut persangka.
~ msa: 170413 Paya Pahlawan Jitra ~
No comments:
Post a Comment