Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, May 10, 2013

KECEWA

KECEWA

hangatnya pagi bertukar sedingin salju
cuba berselindung di sebalik senyuman
biarpun nampak kelat tetap terukir
kekecewaan hati tak terbendung lagi..

telah cuba untuk melupakan
kenangan pahit menguris perasaan
cuba memujuk hati untuk bersabar
dalam kepayahan harus bertahan..

apakah makna sayang bagimu
sekadar pemanis di bibir saja
bukan dari hati kecilmu..

berkali sudah aku katakan
jangan di ulang cerita duka
aku takut hidup dalam kebencian..

bukan juga aku yang pinta
tapi kauyang mencipta suasana
kerana bagimu..aku bukan yang
terbaik untukmu..

ketika sesalmu hadir
aku telah jauh darimu
dan tak akan berpaling lagi..

kerana kelukaan yang kau
tinggalkan..meninggalkan
parut yang tak akan
hilang...

su:150413:09:49pm

No comments:

Post a Comment