Sunday, October 13, 2013

Baru Teringat

Baru Teringat

Kepala berpusing ligat
pergerakkan sepantas kilat
potong basuh masak sidai lipat
mahu habis cepat
agar dapat rehat
hilangkan rasa penat
tiba-tiba baru teringat
keroncong berirama kuat
tanda perut tak sempat makan kenyang sendat
kerana dari tengahari tadi jadi isteri hebat
kerja macam robot disuruh buat, buat...

No comments:

Post a Comment