Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, May 11, 2013

KAU YANG TERINDAH

KAU YANG TERINDAH

Aku mengundang rindu untuk bertamu
tika wajahmu menghiasi bening mataku
lalu kutakbirkan laungan cinta
di saat semilir angin berlalu
untukku sampaikan pesan padamu
bahawa di sini
aku menantimu
pada setiap jaga dan lenaku
dan mengingatimu
pada setiap detak jantungku
kerana mencintaimu
adalah keajaiban terindah
yang pernah aku miliki.

Qalam Bertinta
20042013
0001am

No comments:

Post a Comment