KATAK DAN IBU
ceritera kisah sebuah kapal
atas angin negeri berasal
dahulu kala cukup terkenal
dibuat daripada kayu cengal
akan ibu semua anak
jumpa katak jadi senak
cepat-cepat ibu elak
nampak katak ibu jelak
dulu ibu tidak setuju
dalam kapal bawa lembu
tidak gatal tiada kutu
kepala ibu digaru-garu
ibu sangat susah hati
bilik ibu tiada kerusi
sedang ibu cari-cari
kerusi ibu katak diri
ibu tidak puas hati
kerusi ibu kena curi
ibu mohon minta ganti
tetapi semua buat sepi
kapal itu ibu sayang
banyak jasa ibu sumbang
kini ibu seorang-seorang
kawan lari lintang pukang
kawan ibu sana sini
ramai juga bawa diri
kerana tidak puas hati
sokong ibu dari tepi
ibu tidak putus asa
dari luar ibu cuba
jumpa orang rata-rata
minta restu minta doa
yahyaisa
Segamat Johor
25042013
No comments:
Post a Comment