Saturday, May 11, 2013

Beriku Waktu

Beriku Waktu

Beriku waktu
bersendirian tanpamu
meniti denai hidup bersamamu
cukup memerit ragaku yang pernah kaudambakan
biarlah kuberpaling arah
mencari cahaya di hadapan
kerana diari yang kita catat bersama
membuatkanku tahu diri
sama ada kau atau aku
sering dipisahkan oleh keegoan
dalam paralal berbeza
dan ketahuilah airmataku
terlalu mahal untuk menangisimu

Embi Estar : 22 April 2013

No comments:

Post a Comment