BENANG BASAH
Alihkan awanan perseteruan
titis-titis persengketaan
langit hitam
kilat menjilat rentung
peradaban
pekikan guruh memekak
tuli telinga bumi
bumi hilang kawalan
manampung banjir fitnah
caci cerca
deras menghakis tebing perpaduan
tunjang patah
akar persetiaan hilang genggam
rapuh ikatan
kerana
haluan bertingkah arah
menegak benang basah
yahyaisa
Segamat Johor
14042013
No comments:
Post a Comment