Thursday, March 28, 2013

SIAPAKAH KITA?

SIAPAKAH KITA?

Kita bukan boneka
bergerak mengikut tali yang dihayun
bersuara tapi bukan empunya
sekadar melakunkan watak yang dicipta
tanpa punya kuasa
dalam menentukan apa-apa.

Kita bernyawa
bergerak mengikut naluri sendiri
bersuara kerana itu hak kita
melakunkan watak yang kita cipta
namun masih tanpa punya kuasa
dalam menentukan apa-apa.

Siapakah kita?
Yang gagah melaungkan hak
sedang hidung masih dicucuk
membuntuti gembala
yang sekadar menyuap rumput-rumput kering
agar untuk esok dan seterusnya
kita boleh dipergunakan lagi.

Siapakah kita?
Tepuk dada
tanya hati.

Qalam Bertinta
26032013
2121pm

No comments:

Post a Comment