~ Gegar Rasa Penghuni Senja ~
Masih jua gegaran rasa ini bermustautin di situ
berpusaran dan mengelodak di lubuk kalbu
berkaparan bebuih rindu hanyut di arus senja
gelora hati tak bermusim
terus-terusan bermukim
menghuni persada jiwa di perkampongan senja
Barangkali sudah berjuta kali
sang fikiran memujuk hati
rasa perasaan usah dimanja-manjakan
kerana, segalanya sudah muktamat oleh ketentuan
namun, inilah hakikat hidup antara seribu kehidupan
selagi nyawa di kandong badan
gegar rasa tak mengenal sempadan
pagi, petang,dinihari atau senja
ruang dan luang rasa tetap mencipta suasana
Dan..
aku pun punya perasaan
yang tak mungkin kudustakan
~msa: 120313 Desa Paya Pahlawan Jitra,Kedah.
No comments:
Post a Comment