Terubat rindu..
Kupujuk mata untuk beradu
Beradu beralaskan ribamu
Kauusap setiap ubunku
Penuh rasa syahdu
Meresap kealiran merahku
Damai bermukin kian layu
Dodoikanku
Mendakap kasih melerai rindu
Sepurnama kuhimpun dahulu
Dan saat ini semuannya satu persatu
Dilerai-lerai agar terubat sendu
Yang sarat tidak tertanggung itu
Bonda
Ditubir matamu
Ada tersimpan seribu
Satu nan pilu
Setiap kali usapanmu
Memain anak rambutku
Usah bondaku
Lirih pilu
Di depan matamu
Kukucup jemari kasarmu
Hingga aku tidak mahu melepaskanmu..
Bonda
Terubat segala rinduku...
Anakmu Nur Auni
10 feb 2013
No comments:
Post a Comment