Saturday, February 16, 2013

RINDU ERTI NIKMAT

RINDU ERTI NIKMAT

Tiada batas waktu
sedar atau lena
mimpi ngeri
rentak melodi perang
tiada kesudahan
dicanang

bosan
mata menatap
cuping diketuk
perasaan digodam
tingkah menjolok
zulmat melanda

bilakah
damai akan bertandang
lunak perbincangan
merungkai kemelut

adakah lagi
bulat air kerana pembentung
bulat manusia kerana maufakat

atau
kerana pijat kelambu dibakar
bagai enau dalam belukar

rindu
pada suara perpaduan
pada erti nikmat
kehidupan halakat
ummah.

yahyaisa
Segamat Johor
08022013

No comments:

Post a Comment