Saturday, February 16, 2013

MUTIARA KEHIDUPAN

MUTIARA KEHIDUPAN

Apakah
nilai sebutir mutiara
terbenam di bawah lumpur
dipuja hanya kerana nama
kenangan silam

apakah
erti sebuah kehidupan
laksana kapal tanpa nakhoda
sesat di tengah lautan
hilang pedoman

mutiara kehidupan perlu digilap
serlahkan kehalusan budi
pancarkan nilai
kejadian.

yahyaisa
Segamat Johor
10022013

No comments:

Post a Comment