Tuesday, January 8, 2013

~♥ Lara Cinta ♥~

~♥ Lara Cinta ♥~

Bernagam istilah cinta
mengosek hati nan lara
tunu setiap kata-kata
berkimbah di atas kaca
yang berderai hanya kesan luka
meninggalkan parut dan nanah sahaja
bisa menelan racun imaginasinya
terjadi lagenda sejarah cinta lara

Dalam bujuk asmara
ilusi cinta hanya permainan sahaja
berkhayal bak fantasia
di taman-taman berlukar sahaja
ambum mega menukar warna
hanya tirai kelabu di dada
lemas tidak terkata
di makamkan tidak berkeranda

~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 08/01/2013 ~ 04:08pm

No comments:

Post a Comment