Friday, January 11, 2013

KRISIS

KRISIS

Krisis
atau sengaja
bukan airku
bukan airmu
air kita tiada
bukan kemarau
hujan merata

kenapa
kerana apa
susah semua
makan, minum tergendala
basuh pakaian pening kepala
mandiku berkala
menadah sebaldi dua
setitik dua kulap mata
kukumur seteguk cuma
kenapa kami diseksa
kita tidak menuntut laba
bayaran tidak tertunda
anak-anak dahaga

sampai bila
kami tanggung derita?

YHI
Segamat Johor
09012013

No comments:

Post a Comment