~♥ Cupid Cinta ♥~
Astrologi di alam khayalan sahaja
mitologi tercipta sejarah
Cupid cinta menyimpan rahsia
di benjan emas dalam penjara
tercatit lagenda sebuah cinta
di ambum mega kota-kota fantasia
racun jengking disalut di hujung anak panah
yang menusuk di tubuh membiru kaku terasa
... Labirin dibunuh dengan kejamnya
oleh penghianat cinta
dan pendusta
Namun cintanya di atma
pada Sang Puteri yang dipuja
walau tunu setiap warkah dicipta
obor cintanya tetap menyala
mengilap memukau mata
bak mutia di lautan China
seindah ratna berasmaradanta
bergelombang alun di lautan India
bergempa bumi yang nyata
Puteri idaman akan terbuka matanya
dari keegoaan dan riak pendusta
yang menglakhnatkan cinta setia
tawanan cinta sebenar terbukti jua
Akhirnya mati meracuni diri
tiada keranda tidak dikebumi
sesalan tiada berguna lagi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 09/01/2012 ~ 12:52pm
No comments:
Post a Comment