KANANG ANAK LANGKAU
KANANG ANAK LANGKAU
Kembali menyibak helaian sejarah bangsa,
Anak ini santun budi bahasa;
Nyanyikan damai di Tanah Bonda,
Alunkan suara kata perintah hebat berwaja;
Nyahkan petualang di Tanah Bonda,
Gagah berhujah memamah Musuh Negara.
Aku anak Bumi Kenyalang,
Nangis di mata basah di hati kala mengenang;
Aras diri bagai terbuang di lembah malang,
Kesal tiada cumalah api menjulang ke bukit berjuang.
Lakukan yang paling baik,
Agar yang buruk jauh tidak akan berpatah balik;
Nafas ini kuhela berulang-alik,
Gagal tiada gagah memerah didih membidik;
Keceluparan musuh membunuh mengherdik,
Agi idup agi ngalaban tidak sekali undur dari mudik;
Untung nasibku kerana bangsaku pandai menabik.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Kg.Pakalangan,Semporna,Sabah.
030113.
No comments:
Post a Comment