Wednesday, January 2, 2013

DENDANG JANUARI

DENDANG JANUARI

Berdendang Januari di pentas canda
alunan merdu menghibur lara
tanda Disember menutup buku catatannya
tersimpul detik-detik suka
terhimpun saat-saat duka
menjadi igauan luka
menjadi imbauan mesra

Berdendang Januari di laman ria
diiring gemalai rentak tarinya
tanda Disember berehat seketika
ramah melukis lakaran asmara
lelah merakam drama sengsara
akan diabadi dalam album cinta
akan disemat dalam bingkai permata

Berdendang Januari mengalun bayangan
sinaran cahaya dalam kesuraman
tanda Disember merangkak pergi
menutup akaun kira-kira kenduri
menyapu timbunan lumpur tragedi
akan menumpul onak dan duri
akan mewangi semburan kasturi

Nukilan:
Muhamad Amin
SMK Serian
2 Januari 2013

No comments:

Post a Comment