Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, June 11, 2013

SIRNA SUDAHKAH NILAI MURNI?

SIRNA SUDAHKAH NILAI MURNI?

Dengan tangkasnya
tanganmu membaling krikil hiba
ke dinding jendela kaca
lalu lerai
lantas berderai

Dengan rakusnya
tanganmu meragut rantai hayatnya
terkelar leher jinjangnya
lalu berdarah
lantas bernanah

Dengan celuparnya
lidahmu meluahkan kata-kata nista
menyusup ke telinga nipisnya
lalu jadi sebak
lantas nafas sesak

Dengan biadapnya
jari-jemarimu ligat menaip di alam maya
cuba menggugat daulat baginda
lalu lesap
lantas diserkap

Dalam era globalisasi
pesatnya perkembangan ICT
hampir sirna nilai-nilai murni
hampir lenyap budi pekerti
slogan-slogan beretika
merentas jagat raya
moga kerukunan damai tanpa sengketa

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
11 Jun 2013

No comments:

Post a Comment