Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, June 9, 2013

Senja yang indah

Senja yang indah

Di tepian pantai
bersama langit petang yang damai
cahaya mentari berbalam-balam
wajah awan bercahaya
memayungi derai ombak yang mesra
merangkul sesiapa yang datang
menyerah diri padanya
kulontar pandangan di kejauhan
bayang-bayang mentari tumpah di mana-mana
memberikan warna senja yang indah
kulihat beburung terbang pulang
merentasi laut luas
menegurku yang terleka diulit alam
senja pun bertukar wajah
mempersembahhkan sejuta keindahan
untuk kulakarkan di kanvas ingatan.

SZA KAM
Tapah Perak
9.6.13

No comments:

Post a Comment